Thursday 6 October 2011

Strategi pengajaran Pendidikan Prasekolah

Belajar melalui bermain
Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak.
Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanakkanak
ke tahap yang optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan
pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak.
Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui
bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna.

Proses Pembelajaran
Menurut Kamus Dewan (1970), Pembelajaran ialah proses belajar dan menerima
pengetahuan daripada pengajaran guru. Melalui pembelajaran secara formal seorang kanakkanak akan mengguna dan menajamkan deria penglihatan, pendengaran, rasa, hidu dan sentuh. Mereka juga dapat berinteraksi dengan alam sekitarnya sesuai dengan minat dan daya kreatif mereka.

Pembelajaran Kanak-Kanak Prasekolah
Seperti yang kita sedia maklum pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan seseorang kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan , bermakna dan menyeronokkan dapat memperkembangkan kemahiran keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki ke alam persekolahan formal.
Justeru itu pengajaran guru yang berkesan perlu mengambil kira gaya pembelajaran
kanak-kanak. Terdapat banyak teori dan kajian tentang gaya pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Menurut Teori Pembelajaran Sosial (Bandura, 1977), salah satu pembelajaran yang amat berkesan ialah melalui model atau teladan yang sesuai, jelas dan menarik. Di peringkat prasekolah proses permodelan atau percontohan adalah amat baik untuk mencapai matlamat yang abstrak.
Khadijah Rohani (1992) mendapati program prasekolah yang menekankan akedemik
menyebabkan kanak-kanak mengalami kegagalan dan kehilangan kepercayaan diri. Keadaan ini akan menjadikan kanak-kanak tertekan, kehilangan minat belajar dan menimbulkan masalah pembelajaran di bilik darjah. Katz (1985) menyatakan pendedahan akedemik atau kemahiran asas kepada kanak-kanak di peringkat terlalu awal akan merosakkan perkembangan minat belajar kanak-kanak. Pendapat ini selari dengan dapatan-dapatan dari kajian-kajian ‘longitudinal’ yang dijalankan oleh Karnes, Schwedel dan Williams (1983); Miller dan Bizzell (1983); Schweinhart, Weikart dan Larner (1986) dan Walberg (1984).
Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu terdiri
daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa sebenar sebelum mereka boleh memahami makna simbol seperti abjad dan nombor (Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber, 1984; Schickedanz, 1986). Oleh itu penggunaan buku kerja, lembaran kerja, buku warna dan model yang dibina oleh orang dewasa untuk disalin oleh kanak-kanak adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar yang tinggi melalui latihan lisan, lukisan dan membuat persembahan lain-lain aktiviti seperti yang diarahkan oleh orang dewasa.
Kanak-kanak belajar melalui pengalaman membuat sendiri. Piaget (1950, 1972),
Montessori (1964), Erikson (1950), Elkine (1986)

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
Dalam pendidikan prasekolah, pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan kebolehan, keupayaan dan minat perlu dirancang supaya murid dapat dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran dan mereka mendapati bahawa pembelajaran itu adalah sesuatu yang bermakna, berkesan dan menyeronokkan. Oleh itu Pusat Perkembagan Kurikulum (2003,ms260) mensyorkan empat pendekatan pengajaran berasaskan konsep dan prinsip bagi pendidikan prasekolah iaitu :
i. Pendekatan Belajar Melalui Bermain
ii. Pendekatan Bertema
iii. Pendekatan Bersepadu
iv. Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran

Walau bagaimanapun semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
adalah digalakkan keempat-empat pendekatan ini disepadukan.

Belajar Melalui Bermain
Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Puasat Perkembangan Kurikulum, (2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepadamurid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain dirancang supaya penekanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana mealaui bermain mereka denagan gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi. Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar danmotor halus, serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar sambil bermain yang mengembirakan, melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-kanak dengan persekitaran, melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri, memberi peluang kanak-kanak untuk menumpukan
perhatian dan kelonggoran masa bermain.

Mengikut Vygotsky (1967), “ Play is helpful in the development of language and
thougt. Mental structures are formed through the use of signs and tools and play helps in this formation. Play also frees the child from the constrains of the real world that surround the child. In this way play gives children greater control over situation than they would have in reality. Children play with meanings as well as with objects as a result of being freed from reality. They are thus allowed to engage in higher order thought processes through play.” (Spodek. Et.al, 1989,ms 181).
Imam Al-Ghazali (Hassan Langgulung, 1979) menitikberatkan bermain bagi kanakkanakkerana dengan bermain kanak-kanak boleh mengembangkan sifat semulajadi mereka di samping menyuburkan tubuh dan mengutkan otot-otot. Beliau juga menyatakan bermain boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepas penat belajar. Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembagan murid. Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan untuk menggalakkan komunikasi dan imaginasi. Dan yang terpenting sekali ialah permainan itu menarik minat dan menggembirakan murid.
Melalui pendekatan ini juga akan dapat mengukuhkan penguasaan konsep
pembelajaran dari umum kepada yang lebih spesifik. Ia juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif. Selain itu bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai kemahiran manipulasi, menguasai daya reka cipta secara konstruktif dan di harap kanak-kanak dapat melahir dan menyatakan perasaan sendiri.

No comments:

Post a Comment