Thursday 6 October 2011

Pentaksiran dan rekod penilaian

PENGENALAN

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah.Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.Ia hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan seksyen 19 AktaPendidikan 1996.(Akta 550).Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka.

Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif,afektif dan psikomotor.

OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:-

  • Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
  • Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh
  • Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa.
  • Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid
  • Mengesan keberkesanan pengajaran.
  • Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.        
PENTAKSIRAN
Tujuan pentaksiran adalah:
i.                  Mengesan keberkesanan pengajaran.
ii.                Menjalankan tindakan susulan yang sesuai.
iii.          Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid
iv.              Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
v.                  Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa.
vi.     Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
  1. Merancang : sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut :
i.              mengenal pasti murid yang hendak dinilai.
ii.                  menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
iii.                Menentukan instrument yang hendak digunakan.
iv.                Menentukan aspek yang hendak digunakan.
v.                  Menentukan tempoh masa pemerhatian.
vi.   Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

  1. Membina Instrumen : Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut :
i.                    Tujuan yang jelas.
ii.                  Menepati apa yang hendak dinilai.
iii.                Item boleh diukur.
iv.                Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.


MEREKOD MAKLUMAT
Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Contoh rekod seperti berikut ;
  1. Senarai semak
  2. Skala kadar
  3. Rekod anekdot
  4. Rekod berterusan (Running Record)

PENYIMPANAN MAKLUMAT
Segala maklumat yang dipeeolehi daripada pemerhatian yang sistematik direkodkan dan dikumpulkan dalam portpolio. Bahan yang perlu ada dalam portpoliio ialah :
  1. Pelaporan perkembangan murid.
  2. Rekod peribadi.
  3. Rekod perkembangan dan kemajuan murid.
  4. Hasil kerja terpilih.

No comments:

Post a Comment