Thursday 29 September 2011

Cerita kanak-kanak

Hari ini saya nak berkongsi dengan pengunjung blog, cerita kanak-kanak yang mempunyai unsur-unsur pengajaran. Murid-murid prasekolah saya gemar menonton cerita ini walaupun ditayang berulangkali.. Mari kita saksikan ;

ARNAB YANG SOMBONG


GAGAK YANG BIJAK


HIKAYAT SANG KANCIL DAN MONYET


Sunday 25 September 2011

Hari Bakat Prasekolah QIT Kota Jembal

Hari Bakat ini diadakan untuk mencungkil bakat murid-murid prasekolah dalam pelbagai kemahiran dan minat murid. Pelbagai aktiviti dan persembahan yang telah ditunjukkan oleh setiap kelas prasekolah yang menyertai Hari Bakat ini. Jom kita saksikan kehebatan murid-murid prasekolah QIT Kota Jembal
tadaaaaaa ~ hehe.. Ini lah anak murid yang ku sayangi, prasekolah SK Chicha Menyabong.. bestt, mmg sporting.. hari2 berlatih tarian lagu "Nobody".. cute2 je kan..

Ini persembahan senamrobik dari SK Sultan Ismail 4.. Persembahan yang paling lama.. Apa yang best, murid dpt mengingati step senamrobik yang cikgu ajar


Cayalah !! memang berani.. satu2 nya peserta yang berani tampil secara sola.. pantun jasa guru yang dipersembahkan memang menyentuh jiwa.. tabik spring utk murid SK Sering ^__^

Satu kelainan... Persembahan gimnastik oleh murid-murid lelaki dr SK Gong Dermin.. Tahniah !!

Persembahan teater ulik mayang dr SK Kota Jembal~ secara peribadi, persembahan ini adalah persembahan yang paling terbaik..

"WALAUPUN PENAT MELATIH DAN MENGANJURKAN MAJLIS HARI BAKAT INI, NAMUN KAMI GURU-GURU PRASEKOLAH AMAT BERPUASHATI DENGAN KUALITI PERSEMBAHAN YANG DITUNJUKKAN OLEH ANAK DIDIK KAMI" Terima kasih murid-murid ku.. cikgu sayang kamu semua