Sunday, 2 October 2011

Hatiku gembira !! sesi mari bercerita

Arini sy bercerita pd murid-murid kisah "3hajat". 

"Cerita ini mengisahkan tentang seorang penebang pokok yang miskin. Pada suatu hari, ketika dia hendak menebang pokok didalam hutan, dia terjumpa orang bunian yang bersembunyi di dalam pokok itu. Orang bunian itu memohon kepada penebang supaya tidak menebang pokok tersebut kerana pokok itu merupakan tempat tinggalnya. Sekiranya penebang pokok memenuhi permintaannya, orang bunian akan memakbulkan 3 hajat.
Tetapi sayangnya, penebang itu mensia-siakan 3 hajat yang diberi."

Setelah sesi bercerita tamat, sy bersoaljawab dgn murid. Bermacam-macam hajat yang mereka nyatakan sekiranya diberi peluang. Ada yang meminta menjadi kaya, ada yang ingin memiliki rumah dan kereta besar dan bermacam-macam lagi yang mencuit hati. Tertawa sy mendengar pelbagai hajat mereka sehingga kelas menjadi bising dengan hajat-hajat mereka.. hehehe.. Rupanya walau sekecil nama mereka, semua memiliki hasrat yang besar, semua ingin menjadi kaya.
Sebelum pulang, masing-masing berhasrat ingin mencari orang bunian seperti dalam buku cerita yang telah sy tunjukan, bertelinga panjang dan tubuh badannya kerdil... 
Hati sy gembira melihat respon murid terhadap pengajarn sy.. Pasti esok cerita orang bunian ini akan terus diperkatakan ^__^



2 comments:

  1. cikgu nordiyana, type errow ke..walau sekecil nama or mana???

    ReplyDelete