“Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu. Pendidikan Prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah”
Sunday, 30 October 2011
Mari mengeja
Kad bahan bantu mengajar sukukata ini digunakan untuk murid-murid mengenal sukukata terbuka. Guru menyuruh murid membaca berulangkali agar murid prasekolah dapat menguasai kemahiran membunyikan sukukata terbuka KV
Tuesday, 18 October 2011
Tuesday, 11 October 2011
Program Tunas
Program Tunas dijalankan untuk mengenalpasti murid prasekolah yang menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik. Murid diberi soalan secara bertulis dan lisan bagi mengukur tahap kebolehan murid. Pada peringkat awal, pertandingan dijalankan diantara kelas. Kemudian wakil kelas tersebut akan mewakili ke peringkat zon dan begitulah seterusnya hingga ke peringkat negeri.
Murid-murid prasekolah bersedia menjawab soalan.
Pn Maimon selaku hakim sedang memungut kertas jawapan.
Guru-guru prasekolah yang bertanding setia menanti murid dibelakang dewan.
Para hakim sedang sibuk mengira markah.
Penyampaian hadiah kepada pemenang.
Monday, 10 October 2011
Saturday, 8 October 2011
Latihan Menamakan bahagian anggota haiwan
Tema minggu haiwan, saya menggunakan latihan lembaran kerja ini untuk menamakan bahagian anggota haiwan iaitu Serigala.
Sila "download"
Para pengunjung blog saya boleh mendapatkan contoh dokumentasi Hari Bakat Prasekolah. Sila klik disini
http://www.sendspace.com/file/bfueys
download bahan percuma !!!!
BBM "shapes'..
http://www.sendspace.com/file/gbh4x6
http://www.sendspace.com/file/bfueys
download bahan percuma !!!!
BBM "shapes'..
http://www.sendspace.com/file/gbh4x6
Friday, 7 October 2011
Jom kira ikan
Aktiviti mengenal nombor dan bilangan. Bahan ini juga boleh digunakan dalam P&P sebagai aktiviti penambahan dan penolakkan.
Thursday, 6 October 2011
Strategi pengajaran Pendidikan Prasekolah
Belajar melalui bermain
Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak.
Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanakkanak
ke tahap yang optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan
pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak.
Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui
bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna.
Proses Pembelajaran
Menurut Kamus Dewan (1970), Pembelajaran ialah proses belajar dan menerima
pengetahuan daripada pengajaran guru. Melalui pembelajaran secara formal seorang kanakkanak akan mengguna dan menajamkan deria penglihatan, pendengaran, rasa, hidu dan sentuh. Mereka juga dapat berinteraksi dengan alam sekitarnya sesuai dengan minat dan daya kreatif mereka.
Pembelajaran Kanak-Kanak Prasekolah
Seperti yang kita sedia maklum pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan seseorang kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan , bermakna dan menyeronokkan dapat memperkembangkan kemahiran keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki ke alam persekolahan formal.
Justeru itu pengajaran guru yang berkesan perlu mengambil kira gaya pembelajaran
kanak-kanak. Terdapat banyak teori dan kajian tentang gaya pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Menurut Teori Pembelajaran Sosial (Bandura, 1977), salah satu pembelajaran yang amat berkesan ialah melalui model atau teladan yang sesuai, jelas dan menarik. Di peringkat prasekolah proses permodelan atau percontohan adalah amat baik untuk mencapai matlamat yang abstrak.
Khadijah Rohani (1992) mendapati program prasekolah yang menekankan akedemik
menyebabkan kanak-kanak mengalami kegagalan dan kehilangan kepercayaan diri. Keadaan ini akan menjadikan kanak-kanak tertekan, kehilangan minat belajar dan menimbulkan masalah pembelajaran di bilik darjah. Katz (1985) menyatakan pendedahan akedemik atau kemahiran asas kepada kanak-kanak di peringkat terlalu awal akan merosakkan perkembangan minat belajar kanak-kanak. Pendapat ini selari dengan dapatan-dapatan dari kajian-kajian ‘longitudinal’ yang dijalankan oleh Karnes, Schwedel dan Williams (1983); Miller dan Bizzell (1983); Schweinhart, Weikart dan Larner (1986) dan Walberg (1984).
Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu terdiri
daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa sebenar sebelum mereka boleh memahami makna simbol seperti abjad dan nombor (Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber, 1984; Schickedanz, 1986). Oleh itu penggunaan buku kerja, lembaran kerja, buku warna dan model yang dibina oleh orang dewasa untuk disalin oleh kanak-kanak adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar yang tinggi melalui latihan lisan, lukisan dan membuat persembahan lain-lain aktiviti seperti yang diarahkan oleh orang dewasa.
Kanak-kanak belajar melalui pengalaman membuat sendiri. Piaget (1950, 1972),
Montessori (1964), Erikson (1950), Elkine (1986)
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
Dalam pendidikan prasekolah, pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan kebolehan, keupayaan dan minat perlu dirancang supaya murid dapat dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran dan mereka mendapati bahawa pembelajaran itu adalah sesuatu yang bermakna, berkesan dan menyeronokkan. Oleh itu Pusat Perkembagan Kurikulum (2003,ms260) mensyorkan empat pendekatan pengajaran berasaskan konsep dan prinsip bagi pendidikan prasekolah iaitu :
i. Pendekatan Belajar Melalui Bermain
ii. Pendekatan Bertema
iii. Pendekatan Bersepadu
iv. Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran
Walau bagaimanapun semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
adalah digalakkan keempat-empat pendekatan ini disepadukan.
Belajar Melalui Bermain
Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Puasat Perkembangan Kurikulum, (2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepadamurid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain dirancang supaya penekanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana mealaui bermain mereka denagan gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi. Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar danmotor halus, serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar sambil bermain yang mengembirakan, melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-kanak dengan persekitaran, melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri, memberi peluang kanak-kanak untuk menumpukan
perhatian dan kelonggoran masa bermain.
Mengikut Vygotsky (1967), “ Play is helpful in the development of language and
thougt. Mental structures are formed through the use of signs and tools and play helps in this formation. Play also frees the child from the constrains of the real world that surround the child. In this way play gives children greater control over situation than they would have in reality. Children play with meanings as well as with objects as a result of being freed from reality. They are thus allowed to engage in higher order thought processes through play.” (Spodek. Et.al, 1989,ms 181).
Imam Al-Ghazali (Hassan Langgulung, 1979) menitikberatkan bermain bagi kanakkanakkerana dengan bermain kanak-kanak boleh mengembangkan sifat semulajadi mereka di samping menyuburkan tubuh dan mengutkan otot-otot. Beliau juga menyatakan bermain boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepas penat belajar. Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembagan murid. Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan untuk menggalakkan komunikasi dan imaginasi. Dan yang terpenting sekali ialah permainan itu menarik minat dan menggembirakan murid.
Melalui pendekatan ini juga akan dapat mengukuhkan penguasaan konsep
pembelajaran dari umum kepada yang lebih spesifik. Ia juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif. Selain itu bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai kemahiran manipulasi, menguasai daya reka cipta secara konstruktif dan di harap kanak-kanak dapat melahir dan menyatakan perasaan sendiri.
Pentaksiran dan rekod penilaian
PENGENALAN
Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah.Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.Ia hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan seksyen 19 AktaPendidikan 1996.(Akta 550).Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka.
Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif,afektif dan psikomotor.
OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:-
- Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
- Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh
- Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa.
- Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid
- Mengesan keberkesanan pengajaran.
- Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.
PENTAKSIRAN
Tujuan pentaksiran adalah:
i. Mengesan keberkesanan pengajaran.
ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai.
iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid
iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa.
vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
- Merancang : sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut :
i. mengenal pasti murid yang hendak dinilai.
ii. menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
iii. Menentukan instrument yang hendak digunakan.
iv. Menentukan aspek yang hendak digunakan.
v. Menentukan tempoh masa pemerhatian.
vi. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.
- Membina Instrumen : Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut :
i. Tujuan yang jelas.
ii. Menepati apa yang hendak dinilai.
iii. Item boleh diukur.
iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.
MEREKOD MAKLUMAT
Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Contoh rekod seperti berikut ;
- Senarai semak
- Skala kadar
- Rekod anekdot
- Rekod berterusan (Running Record)
PENYIMPANAN MAKLUMAT
Segala maklumat yang dipeeolehi daripada pemerhatian yang sistematik direkodkan dan dikumpulkan dalam portpolio. Bahan yang perlu ada dalam portpoliio ialah :
- Pelaporan perkembangan murid.
- Rekod peribadi.
- Rekod perkembangan dan kemajuan murid.
- Hasil kerja terpilih.
Sunday, 2 October 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)