Thursday 24 November 2011

BBM Microteaching

Kad suku kata KV ini digunakan dalam pengajaran mikro yang telah saya rakam baru-baru ini. BBM yang berwarna warni berbentuk bintang ini berjaya menarik perhatian murid saya. 







Friday 4 November 2011

My microteaching

Ni mikro pengajaran yang telah saya jalankan untuk tugasan semester 2



1.0 REFLEKSI PEMBELAJARAN MIKRO PENGAJARAN
Dalam mikro pengajaran yang telah saya jalankan baru-baru ni, saya telah memilih kemahiran membunyikan sukukata KVKV. Saya telah memilih tema anggota badan dan menjalankan pengajaran bagi langkah 1 untuk pengajaran mikro tersebut. Objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai adalah murid dapat membunyikan sukukata KVKV dengan betul.

1.1 KEKUATAN
Antara kekuatan yang terdapat dalam mikro pengajaran ini adalah pengunaan BBM yang menarik. Bagi saya Ia mampu mengekalkan minat  dan mengerakkan murid untuk melakukan aktiviti, berfikir dan belajar. Selain itu, peneguhan yang diberikan melalui senyuman, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik merupakan kekuatan saya dalam mikro pengajaran ini. Peneguhan seperti ini akan membawa kepada pengulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif. Penglibatan murid secara lisan yang dijalankan dalam pengajaran mikro saya ini mengalakkan murid melibatkan diri dalam pelajaran. Ini telah memberikan rasa seronok kepada murid.

1.2 KELEMAHAN
Beberapa kelemahan telah dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan mikro pengajaran ini ialah pergerakan guru yang kehadapan dan kebelakang yang kerapkali menggangu tumpuan murid kepada pelajaran.  Saya tidak menyediakan tempat meletakan BBM ditempat yang mudah untuk dicapai. Ini menampakan kelemahan saya dalam merancang aktiviti pengajaran. Kelemahan yang mungkin dianggap kecil ini boleh menyebabkan murid hilang tumpuan pada isi pelajaran akibat dari pergerakan guru yang kerap. Selain itu, BBM iaitu kad sukukata dan kad gambar yang disediakan agak kecil. Sepatutnya saya menyediakan BBM yang lebih besar agar murid lebih nampak dengan jelas. Aktiviti yang dijalankan tidak melibatkan kepelbagaian pancaindera,  hanya  pengunaan kad gambar sahaja yang saya sediakan.


1.3 LANGKAH MENGATASI
Setiap kelemahan pasti ada cara untuk mengatasinya. Ini penting untuk meningkatkan prestasi dan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Merujuk pada kelemahan saya di atas, saya perlu lebih peka dengan persiapan awal sebelum pengajaran dijalankan. Mungkin saya terlepas pandang untuk menyediakan tempat bagi meletakkan BBM saya ditempat yang lebih mudah untuk dicapai agar pergerakan saya tidak kedepan dan kebelakang kerapkali. Sepatutnya saya meletakkan BBM bersebelahan agar saya tidak perlu bergerak untuk mengambilnya. Selain itu, saya perlu menyediakan BBM yang lebih besar dan jelas agar murid lebih tertarik. Pengunaan BBM yang berwarna warni telah berjaya menarik minat murid tetapi lebih baik sekiranya saya menyediakan BBM yang lebih besar. Mungkin saya perlu mengubah aktiviti dan melibatkan kepelbagaian pancaindera seperti pengunaan model  selain dari penggunaan kad gambar bagi menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran juga kesan penyampaian maklumat kepada murid.

Thursday 3 November 2011

Lawatan sambil belajar

Aktiviti lawatan sambil belajar ini dijalankan untuk memberi pengalaman sebenar kepada murid prasekolah tentang hidupan alam semulajadi. Murid prasekolah dibawa ke Taman Tema Air dan Zoo mini. Pada awal perancangan, saya amat risau dengan keadaan cuaca kerana sering hujan tetapi dengan izin Nya, cuaca pada hari kejadian cerah. Akhirnya aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Murid prasekolah saya amat gembira dapat menikmati alam semulajdi dan semestinya ia akan menjadi satu kenangan terindah sepanjang mereka berada di prasekolah.
Mari kita saksikan gelagat murid prasekolah saya sepanjang aktiviti berlangsung :)


 tengok tu murid prasekolah, tetap berdisplin walau dimana jua berada.. hehe
 Syok nye dpt berenang
 Mandi manda~ yehaaa
 Rusa menyambut kehadiran kami.. heee~
 Jamuan Akhir tahun di Marry Brown
Seronok dapat jumpa maskot Marry Brown